|
1. Menganalisis perubahan keadaan jirim.
- Aras 1
- Menerangkan teori kinetik jirim.
- Aras 2
- Menghubungkaitkan perubahan haba dengan perubahan tenaga kinetik zarah jirim.
- Aras 3
- Menghuraikan perubahan keadaan jirim berdasarkan teori kinetik jirim.
2. Memahami struktur atom.
- Aras 1
- Memerihalkan perkembangan idea tentang atom.
- Aras 2
- Mengenal pasti zarah subatom.
- Aras 3
- Membanding dan membezakan zarah subatom.
3. Mengaplikasikan idea tentang nombor proton dan nombor nukleon dalam unsur.
- Aras 1
- Menerangkan nombor proton.
- Menerangkan nombor nukleon.
- Aras 2
- Menghubungkaitkan bilangan proton, neutron dan elektron dengan nombor proton dan nombor nukleon sebarang unsur.
- Mengitlakan bilangan proton dan elektron atom unsur yang berlainan.
- Aras 3
- Menjelaskan dengan contoh maksud isotop.
4. Memahami pengelasan unsur dalam jadual berkala.
- Aras 1
- Menerangkan prinsip penyusunan unsur dalam jadual berkala.
- Menerangkan maksud kumpulan dan kala.
- Aras 2
- Mengenal pasti kedudukan logam, bukan logam dan separuh logam.
- Aras 3
- Menerangkan kepentingan jadual berkala.
5. Memahami sifat bahan berdasarkan zarah yang terdapat didalamnya.
- Aras 1
- Membandingkan dan membezakan atom, molekul dan ion.
- Menyatakan contoh bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion.
- Aras 2
- Membandingkan dan membezakan bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion berdasarkan sifat fizikalnya
- Menghubungkaitkan sifat fizikal bahan yang terdiri daripada atom, molekul dan ion dengan daya tarikan antara zarah di dalamnya.
- Aras 3
- Menghubungkaitkan sifat fizikal bahan dengan susunan dan tarikan zarah didalamnya.
6. Memahami logam dan bukan logam.
- Aras 1
- Mencirikan logam.
- Mencirikan bukan logam.
- Aras 2
- Membandingkan dan membezakan logam dan bukan logam berdasarkan sifat fizikalnya.
- Menyenaraikan kegunaan logam dalam kehidupan harian.
- Menyenaraikan kegunaan bukan logam dalam kehidupan harian.
- Aras 3
- Menghubungkaitkan sifat logam dengan kegunaannya dalam kehidupan harian.
- Menghubungkaitkan sifat bukan logam dengan kegunaannya dalam kehidupan harian.
7. Menganalisis kaedah penulenan bahan dalam kehidupan harian.
- Aras 1
- Mencirikan bahan tulen.
- Menerangkan kaedah penulenan bahan.
- Aras 2
- Menghubungkaitkan sifat bahan dengan kaedah penulenan.
- Aras 3
- Menjelaskan melalui contoh penggunaan kaedah penulenan dalam penghasilan bahan keperluan harian.
8. Menghargai kepelbagaian sifat dan keadaan bahan memberi manfaat kepada manusia.
- Memerihalkan kehidupan manusia jika tiada kepelbagaian sifat dan keadaan bahan dalam alam.
- \mewajarkan kepentingan menggunakan akal fikiran dalam usaha memanfaatkan kepelbagaian sifat dan keadaan pelbagai bahan kurniaan Tuhan dalam alam.
|
|