|
|
|
| ALAT OPTIK | PRINSIP OPERASI | SIFAT IMEJ |
|---|---|---|
| Periskop | sinar dipantulkan pada 2 cermin stah yang selari. Cermin diletakkan pada sudut 45 darjah dalam kotak | Maya, tegak, sama saiz dengan objek |
| Kanta Pembesar | objek diletakkan kurang dari j/f | maya tegak, lebih besar dari objek |
| Kamera | kanta cembung menumpukan sinar dari imej jauh ke filem | nyata songsang dan menegcil |
| Mikroskop | tediri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata. kanta objektif membentuk imej nyata, songsang dan membesar dihadapan kanta mata. Kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. | akhirnya ciri imej ialah : maya,songsang dan lebih besar dari objek |
| Teleskop | terdiri dari 2 kanta - kanta objektif dan kanta mata. kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil dititik fokus kanta mata. kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu. | ciri imej terakhir ialah : infiniti, maya songsang dan lebih besar dari objek |
| BAHAGIAN MATA | FUNGSI |
|---|---|
| Gelemair ("VITREOUS HUMOR") dan Gelemaca | membantu dalam pemfokusan imej |
| Kornea ("CORNEA') | bahagian lutsinar di hadapan mata yang membenarkan sinar masuk |
| Iris | menyebabkan anak mata ("PUPIL") membesar atau mengecil - mengawal amaun cahaya masuk ke dalam mata |
| Otot Silia | boleh mengendur-kanta mata menipis boleh mengecut-kanta mata menebal |
| Kanta Mata ("LENS") | memfokuskan sinar cahaya yang masuk |
| Retina | bahagian dimana imej terbentuk. Ia mengandungi sel optik |
| Saraf Optik ("OPTIC NERVE") | mencetusdan menghantar impuls ke otak untuk ditafsirkan |

Mata dan kamera beroperasi mengikut prinsip yang sama. Kanta mata dan kanta kamera berfungsi memfokuskan cahaya. Imej terbentuk pada retina mata manakala imej bagi kamera terbentuk pada filem.
Mata dan kamera membentuk imej yang lebih kecil dari objek, songsang dan nyata.

| LANGIT KEBIRUAN | MATAHARI KEMERAHAN DI WAKTU SENJA |
|---|---|
| spektrum berwarna biru banyak diserakkan oleh molekul udara di langit | Spektrum merah tidak diserakkan maka ia terus masuk ke mata pemerhati |
| WARNA SEKUNDER | HASIL PENAMBAHAN WARNA PRIMER :- |
|---|---|
| Magenta | Merah + Biru |
| Cyan | Biru + Hijau |
| Kuning | Merah + hijau |
Dalam penolakan cahaya, penapis primer hanya membenarkan warnanya
sendiri menembusinya.
Penapis sekunder akan membenarkan warna sendiri serta warna primernya yang membentuknya sahaja menembusinya.
| MANUSIA | HAIWAN |
|---|---|
|
|