ELEKTRONIK DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. GELOMBANG RADIO DAN SIFATNYA
Pernahkah anda pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang air laut
menghempas pantai?.
Anda mungkin memerhatikan bentuk gelombang itu yang turun naik.
Gelombang ini
dinamakan gelombang mekanikal kerana ia mempunyai medium iaitu air.
Apakah persamaan gelombang air laut dengan gelombang radio.
Anda sudah pastilah tidak
dapat melihat gelombang radio dengan mata kasar kerana ia bergerak
dalam atmosfera
dan angkasa (dalam bentuk vakum agaknya). Tahukah anda bahawa kehidupan
kita
banyak dipengaruhi oleh gelombang radio. Kita akan menilai dengan lebih
mendalam
tentang gelombang yang sangat istimewa ini.
Dengan menggunakan alat tertentu kita boleh melihat bentuk gelombang radio.
Lihat profil gelombang di bawah.
Amplitud mewakili tenaga yang di bawa oleh gelombang itu.
Panjang gelombang merupakan jarak antara 2 puncak gelombang itu.
Oleh kerana gelombang ini bergerak, kita boleh mengira halajunya
dengan menggunakan rumus :
Halaju gelombang (v) = Frekuensi (f) X Panjang gelombang
dimana frekuensi ialah bilangan gelombang lengkap yang
terbentuk dalam masa 1 saat.
Gelombang radio ialah sejenis gelombang elektromagnet.
Ia sesuai digunakan dalam komunikasi kerana ia mempunyai sifat istimewa seperti
boleh membawa maklumat bunyi dan gambar.
Ia juga boleh bergerak dalam ruang angkasa yang vakum (tiada udara).
Pergerakannya sangat jauh dan pantas. Gelombang radio pada frekuensi
tertentu mempunyai kegunaan tersendiri. Gelombang radio dalam bentuk
gelombang panjang, gelombang sederhana dan gelombang pendek sesuai
untuk siaran radio. Satu lagi gelombang radio iaitu gelombang mikro
sesuai untuk pancaran TV, Satelit dan Telefon.
Jadual berikut menunjukkan beberapa kegunaan biasa gelombang radio.
- AM = Amplitude modulation
- FM = Frequency modulation
- VHF = Very High Frequency
- UHF = Ultra High Frequency
- Mikro = Mikro Wave
|
| KEGUNAAN | JENIS |
| RADIO | AM - untuk penyiaran radio tempatan. FM - untuk penyiaran radio berkualiti tinggi |
| TV | VHF, UHF dan Mikro |
| KOMUNIKASI SATELIT | Gelombang mikro |
|
2. KOMUNIKASI RADIO
Satu daripada alat komunikasi yang sangat penting ialah radio.
Tahukah anda apakah komponen yang terdapat dalam kotak radio anda?
Berikut ialah beberapa komponen asas radio. Anda mungkin telah belajar
bahagian ini dalam KHB tingkatan 3.
|
- Perintang digunakan untuk mengawal jumlah arus yang mengalir dalam litar.
- Kapasitor mempunyai sifat istimewa iaitu ia boleh menyimpan cas dan tenaga elektrik.
- Diod hanya membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.
- Transistor boleh meguatkan arus elektrik serta bertindak sebagai suis automatik.
- Transformer meningkatkan atau mengurangkan voltan arus ulang alik.
- Induktor dapat menyimpan tenaga dalam medan magnet.
|
Sistem komunikasi radio terbahagi kepada 2. Pemancar radio dan
Penerima radio (Radio set).
 |
Dalam studio, suara seseorang yang diterima oleh
mikrofon ditukarkan
kepada isyarat audio(bunyi).
Pengayun pula menghasilkan gelombang pembawa.
Isyarat audio dan gelombang pembawa digabungkan dalam
modulator
membentuk gelombang radio. Anda bolehlah
membayangkan bahawa gelombang pembawa itu sebagai kuda manakala isyarat
audio itu sebagai koboi. Isyarat radio ini seterusnya diperkuatkan oleh
amplifier supaya ia boleh disebarkan oleh
aerial. |
 |
Di rumah, apabila seseorang memainkan radio,
aerial radio tersebut
menerima isyarat radio yang dipancarkan dari studio tadi.
Oleh kerana studio yang berlainan memancarkan gelombang radio yang
berlainan maka kita menggunakan
litar penala untuk memilih gelombang yang
dikehendaki. Gelombang radio yang mengandungi isyarat audio dan gelombang
pembawa tadi melalui
litar pengesan. Dalam litar ini kedua-dua isyarat
itu diasingkan. Gelombang pembawa dialirkan ke bumi manakala isyarat
audio diperkuatkan dalam
amplifier. Isyarat itu kemudiannya dialirkan
ke pembesar suara yang menghasilkan bunyi. |
3. TEKNOLOGI PENGHANTARAN MAKLUMAT
Perkembangan teknologi maklumat telah bermula pada kurun ke-19 apabila
terciptanya mesin telegraf oleh Samuel Morse yang terkenal pada masa kini
dengan bahasa isyarat "morse code". Alexander Graham Bell pula mencipta
telefon.
Pada masa kini kita mempunyai banyak alat penghantaran maklumat yang canggih
,cepat serta berteknologi tinggi seperti telefon bimbit, mesin faks serta
satelit. Kabel optik (optic cabel) telah mempercepatkan penghantaran isyarat
yang banyak pada sesuatu masa.
Satu daripada alat penghantaran maklumat yang tercanggih pada masa kini ialah
satelit. Satelit perhubungan Malaysia yang pertama ialah MEASAT.
Satelit ialah alat yang dilancarkan ke orbit (laluan) tertentu di angkasa.
Ia merupakan alat perhubungan perantaraan yang menghubungkan satelit bumi
ke satelit bumi yang lain. Satelit sangat sesuai digunakan dalam siaran langsung.
Sebagai contoh apabila perlawanan bola sepak FA Cup di England disiarkan secara
langsung ke Malaysia perhubungan satelit digunakan dengan berkesan. Isyarat
dari stesen TV di England menghantar isyarat ke Satelit Bumi di sana.
Satelit Bumi ini seterusnya memancarkan isyarat ke satelit angkasa kita.
Satelit angkasa pula memancarkan isyarat terus ke rumah kita atau ke stesen
TV tempatan.
Selain daripada kegunaan perhubungan, satelit juga digunakan dalam penyelidikan
angkasa lepas. Terdapat beberapa satelit yang digunakan sebagai teleskop angkasa,
menyukat kandungan ozon serta suhu bumi. Satelit juga telah digunakan dalam
bidang ketenteraan (macam nak sepai orang lainlah tu....)
4. SAINTIS YANG TERLIBAT DALAM PENCIPTAAN ALAT KOMUNIKASI
Perkembangan penghantaran maklumat dengan menggunakan alat komunikasi yang
moden telah menyumbang kepada pembangunan negara. Maklumat yang dihantar
dengan cepat dan tepat itu telah menyebabkan produktiviti penduduk meningkat.
Sebagai contoh perdagangan dalam dan luar negeri dapat dipercepatkan.
Kita harus berterima kasih kepada jurutera-jurutera yang bertanggungjawab
dalam pembinaan infrastruktur komunikasi negara. Saintis yang sentiasa
berusaha mencipta alat komunikasi canggih seperti komunikasi G3 dan serta
gelombang jalur lebar (Broadband Wave) harus dihargai.
© 2002, Johnny Lim
All Rights Reserved.
Semua kandungan dalam website ini adalah original.
Dengan ini pemilik menegah penggunaan bahan-bahan dalam
website ini untuk kegunaan kormesial. Pengguna boleh
memuaturunkan kandungan untuk kegunaan sendiri. jika ada
sebarang pertanyaan sila e-mel kepada pemilik di joneelim@yahoo.com.