|
|
|
Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai "nilai kalori"(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.
| KELAS MAKANAN | NILAI KALORI (kilokalori) | SUMBER |
|---|---|---|
| Karbohidrat | 4 | nasi |
| Lemak | 9 | minyak masak |
| protein | 4 | ikan dan daging |
Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang.
Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.
| MASALAH KESIHATAN | PUNCA | GEJALA | CARA MENCEGAH | CARA MERAWAT |
|---|---|---|---|---|
| Malnutrisi | Kekurangan kalori | Sangat kurus dan tidak bertenaga | Makan makanan seimbang dan mencukupi | Memberi zat tambahan |
| Anoreksia | Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan | Terlalu kurus | Pendidikan | Kaunseling |
| Kegendutan | Pengambilan kalori berlebihan | Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit | Mengawal pengambilan makanan | Bersenam atau mengambil ubat dari doktor |
| Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi | Makan makanan berlemak berlebihan | Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal | Mengurangkan makanan berlemak | Pembedahan dan pengambilan ubat |
"Piramid makanan" merupakan satu carta yang boleh menolong kita menyelia jenis makanan yang kita makan. Kita hendaklah mengurangkan makanan yang terdapat di atas piramid dan makanan yang tersenarai di bawah bolehlah diambil dalam kuantiti yang lebih banyak.
Tumbuhan adalah kawan kita !. Ini adalah kerana ia menghasilkan makanan melalui satu proses yang digelar "fotosintesis" (Photosynthesis).
Semasa fotosintesis tumbuhan menukarkan air dan karbon dioksida kepada makanan. Makanan ini kebanyakannya dalam bentuk kanji.Pada masa yang sama tumbuhan juga menghasilkan gas oksigen. Proses fotosintesis ini berlaku dengan bantuan cahaya matahari (foto).
Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan nutrien(zat makanan) tertentu untuk terus hidup. Nutrien yang larut air itu diserap dari tanah melalui akar. Nutrien terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
Berikut adalah beberapa contoh Makronutrien dan Mikronutrien.
| JENIS | CONTOH |
|---|---|
| Makronutrien | Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N) Fosforus (P) dan Kalsium (Ca) |
| Mikronutrien | Boron (B) Zink (Zn) dan Kuprum (Cu) |
| UNSUR | KESAN KEKURANGANNYA |
|---|---|
| Nitrogen (N) | Daun menjadi kuning |
| Fosforus (P) | Akar sedikit dan lemah. Bunga dan buah sedikit, daun menjadi unggu |
| Kalium (K) | Tompok perang pada daun. Batang lemah. |
Nitrogen di atmosfera boleh dikitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan kilat dan aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Nitrogen ini ditukar kepada ion nitrat yang akan diserap oleh tumbuhan.
Apabila tumbuhan dan haiwan mati ia akan reput. Pereputan dilakukan oleh bakteria saprofit untuk menghasilkan sebatian ammonium.
Sebatian ammonium seterusnya ditukarkan menjadi nitrit dan nitrat. Nitrat akan diserap oleh tumbuhan semula.
Terdapat sejenis bakteria yang istimewa bernama "Bakteria Pendenitratan". Ia boleh menukarkan nitrat dalam tanah menjadi nitrogen. Nitrogen ini akan dibebaskan ke udara semula.
Kitar ini menyebabkan kandungan nitrogen dalam udara dan bumi sentiasa seimbang.
klik disini untuk melihat kitar nitrogen
seperti yang anda sudah ketahui, tumbuhan memainkan peranan yang amat penting ke atas kehidupan manusia. Oleh itu kita hendaklah sama-sama menjaga dan memelihara tumbuhan dengan baik. Kita tidak boleh menebang pokok-pokok dengan sewenang-wenangnya kerana tanpa pokok tiadalah oksigen.
Pada masa yang sama kita harus bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan makanan yang cukup untuk kita. Kita hendaklah menjaga dan menghargai sumber makanan kita dan pembaziran hendaklah dielakkan. Jika terlebih makanan, ia boleh diproses supaya boleh digunakan semasa kekurangannya.