|
|
|
Kesemua mikroorganisma membiak secara asek iaitu pembelahan dedua ataupun pertunasan. Yis adalah mikroorganisma dari kumpulan kulat yang boleh membiak secara pertunasan.
Mikroorganisma mendapatkan nutrisi melalui 3 cara iaitu :-
Mikroorganisma memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup.
Contohnya kulat suka pada kulit yang lembap. Seperti manusia, mikroorganisma
memerlukan nutrien
untuk hidup. Ia sukakan bahan yang mengandungi kanji dan protein yang tinggi.
Tidak seperti tumbuhan, mikroorganisma tidak sukakan cahaya malah sesetengah
mikroorganisma senang mati apabila terkena cahaya matahari. Bila kita menjemur
pakaian, sebenarnya kita juga menghapuskan mikroorganisma :-).
Setengah bakteria memilih usus manusia untuk hidup. Pada masa yang sama ia menolong dalam pencernaan dengan memecahkan zat-zat makanan supaya zat ini boleh diserap oleh usus kita.
Kebanyakan jenis bakteria dan kulat menolong kita mereputkan bahan buangan seperti sampah sarap. Hasil pereputan ini menjadi baja yang akan diserap semula oleh tumbuhan.
Dalam bidang perubatan pula sesetengah jenis kulat digunakan untuk membuat antibiotik(ubat). Antibiotik boleh membunuh bakteria dan menyembuhkan penyakit. Walaupun halus, bakteria menolong para petani menyuburkan tanah. Ada sejenis Bakteria istimewa yang hidup dalam akar kekacang. Bakteria ini membuat bahan bernitrogen (baja) dari udara. Baja ini dikembalikan ke dalam tanah. Tanah menjadi subur!!!.
Yis merupakan sejenis kulat yang sangat penting. Ia digunakan untuk membuat roti. Dalam proses membuat roti, yis itu menggunakan kanji dalam tepung untuk tumbuh Pada masa yang sama ia menghasilkan gas karbon dioksida. Gas ini yang menyebabkan roti itu kembang dan mempunyai rasa yang enak.
Para saintis sentiasa berusaha menyelidik kegunaan lain
mikroorganisma. Mungkin pada suautu hari nanti saintis
akan menemui sejenis bakteria yang boleh melawan virus
HIV !!! wow..bestnya.
Jadual berikut menunjukkan beberapa jenis penyakit
yang disebabkan oleh mikroorganisma.
| KUMPULAN MIKRORGANISMA | PENYAKIT | GEJALA (TANDA-TANDA) |
|---|---|---|
| Bakteria | tibi (batuk kering) | batuk berpanjangan, mengeluarkan kahak kuning kehijauan, mengeluarkan kahak pekat. (lihat imej peparu yang diserang tibi) |
| Bakteria | taun | cirit birit dan muntah |
| Protozoa | malaria | demam berpanjangan |
| Virus | AIDS | selalu sakit |
| Kulat | Kurap | kulit gatal-gatal |
Penyakit ini boleh merebak melalui beberapa cara. Tibi merupakan penyakit yang merebak melalui titisan cecair yang tersembur semasa pesakit batuk atau bersin. Mikroorganisma yang terdapat dalam tisisan cecair ini akan memasuki sistem pernafasan mangsa dan menyerangnya.
Taun pula merebak melalui air yang tercemar. Bakteria penyebab taun hidup dalam tinja(tahi) pesakit. Apabila pesakit "melepas"kan tinja itu ke dalam sungai bakteria akan dibawa sehingga seseorang meminum air itu.
Malaria ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh protozoa yang di bawa oleh vektor nyamuk. Protozoa ini dipindahkan kepada mangsa lain apabila dia digigit nyamuk itu.
HIV dipindahkan ke seseorang melalui sentuhan. Apabila seseorang
melakukan seks rambang dengan pembawa HIV maka dia akan dijangkiti virus
yang berbahaya itu. HIV setersnya menyebabkan mangsa mengidap AIDS.
Kurap juga merupakan sejenis penyakit yang di sebabkan sentuhan. ini
berlaku apabila seseorang berkongsi pakaian.
Secara umumnya terdapat 3 cara mencegah penyakit iaitu :-
| CARA PENCEGAHAN | APA YANG DILAKUKAN | CONTOH PENYAKIT YANG DICEGAH |
|---|---|---|
| KAWALAN "VEKTOR" | Vektor seperti lalat dan nyamuk dihapuskan dengan racun serangga atau menggunakan ubat jentik-jentik untuk menghapuskan larva. Kitar Hidup Nyamuk Kitar Hidup Lalat | Denggi dan Malaria |
| PENSTERILAN | Botol susu didihkan, alat pembedahan didedahkan sinar u/v, penggunaan autoklaf. | Tibi, Taun, AIDS |
| PENGIMUNAN (Apa itu imunisasi dan jadual imunisasi Malaysia) | Suntikan vaksin | Tibi, Polio dan Batuk kokol. |
Tibi boleh dicegah apabila kita menghindari tempat yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik seperti panggung wayang. Apabila seseorang terkena Tibi, pesakit boleh dirawat dengan suntikan antibiotik.
Taun boleh dicegah dengan memasak air minuman. Bakteria penyebab taun mati apabila terkena haba tinggi. Penyakit taun juga boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Malaria boleh dicegah dengan mengawal vektor nyamuk. Tempat pembiakan nyamuk seperti air bertakung dalam tin hendaklah dimusnahkan. Malaria boleh diubat dengan ubat kuinin (sangat pahit ubat ini tau !!!!).
HIV boleh dicegah jika kita tidak melakukan seks rambang. Pada masa kini AIDS tidak boleh diubati. Sorrylah ya. lihat kitar hidup HIV
Penggunaan antibiotik dalam mengubati penyakit adalah sangat penting.
Bahan yang boleh membunuh mikroorganisma ini merupakan penemuan yang
sangat dihargai manusia. Namun penggunaan antibiotik hendaklah diawasi.
Penggunaan tidak mengikut preskripsi(sukatan doktor) boleh menyebabkan
mikroorganisma menjadi 'alah'(tahan).
Pada masa yang sama kita hendaklah berhati-hati apabila menjalankan eksperimen
yang melibatkan mikroorganisma supaya ia tidak memasuki badan kita. Langkah
berjaga-jaga termasuklah sentiasa membasuh tangan dan tidak menyentuh
"kultur".
Worksheet Keimunan
Worksheet jenis keimunan
Worksheet Pensterilan
BACK TO NOTA SAINS T5