KETURUNAN DAN VARIASI
1. MEMAHAMI PROSES PEMBAHAGIAN SEL
Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. Dalam
sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai
nukleus. Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen.
Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia
mengawal samaada rambut kita kerinting atau tidak.
Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.
Gen terletak dalam
Kromosom. Jika dilihat menerusi
mikroskop, kromosom adalah struktur bebenang
dalam nukleus sel.
Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh
membahagi.
Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis.
Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari
kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan
gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula
berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma
atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh
dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari
kromosom sel induk (46 kromosom).
Terdapat banyak perbezaan antara
mitosis dan meiosis.
| MITOSIS |
MEIOSIS |
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi
|
a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi
|
2. PERWARISAN SIFAT
Saintis telah mengetahui bahawa kebiasaannya organisma
mempunyai sepasang kromosom yang membawa sepasang gen.
Gen-gen ini mungkin sama atau berbeza. Terdapat dua jenis
gen iaitu gen dominan dan gen resesif. Gen dominan
ialah gen yang kuat dan mampu menonjolkan cirinya pada
organisma. Gen resesif adalah gen yang lemah. Ia tidak
boleh menonjolkan cirinya jika berjumpa dengan gen dominan.
Gen resesif hanya boleh menonjolkan cirinya jika ia
berjumpa dengan pasangan gen resesif yang sama.
Gen dominan akan mengakibatkan sifat dominan. Mengikut
kajian saintis genetik beberapa contoh sifat dominan
manusia ialah seperti sifat rambut kerinting dan kebolehan menggulung lidah.
[the ability to roll his tongue].
Sifat resesif pula adalah seperti sifat rambut
lurus dan tidak boleh menggulung lidah.
Bagaimanakah sifat-sifat ini boleh diperturunkan dari ibu bapa ke anak?.
Sel MANUSIA mempunyai 46 kromosom (23 gen yang berpasangan).
Sperma
dan
ovum yang terhasil dari meiosis
hanya mengandungi 23 kromosom sahaja. Jika sperma
membawa gen yang mengawal sifat rambut kerinting (dominan)
mensenyawakan ovum yang membawa sifat rambut lurus, maka
anak yang terhasil akan berambut kerinting.
Struktur kromosom dalam gamet :-
| SPERMA |
OVUM |
| 22+X atau 22+Y
|
22+X sahaja
|
Kromosom X dan kromosom Y digelar sebagai "Kromosom Seks". Kromosom
ini menentukan jantina seseorang.
3. KEJADIAN KEMBAR
Proses persenyawaan berlaku apabila sebiji ovum disenyawakan
oleh 'seekor' sperma.
Zigot
akan terhasil. Zigot pula membesar
sebagai
fetus didalam uterus ibu. Puiii...banyaknya laras sains ni !!!!.
Kebiasaanya hanya satu zigot terhasil dari persenyawaan. Ini adalah
kerana kebiasaannya wanita menghasilkan sebiji ovum setiap bulan.
Walau bagaimanapun kadang kala lebih dari satu fetus terbentuk.
Kejadian yang menakjubkan ini akan menghasilkan kembar. Pada asasnya
terdapat 2 jenis kembar. Oopp...ada 3 sebenarnya. Kembar itu ialah
1
kembar seiras
(identical twins) dan
kembar tak seiras
(non-identical).
Mari lihat perbezaan kembar seiras dan tak seiras. Jadual dibawah
akan menerangkannya dengan jelas kepada anda.
| SEIRAS |
TAK SEIRAS |
*satu ovum disenyawakan oleh 1 sperma, zigot yang membahagi 2.
(fantastik betul...)
*mempunyai kandungan genetik sama.
*ciri fizikal sama.
*berkongsi plasenta.
*jantina MESTI sama.
|
*2 ovum disenyawakan oleh 2 sperma berbeza.
*mempunyai kandungan genetik berbeza.
*ciri fizikal (paras rupa) berbeza.
*plasenta berasingan.
*jantina mungkin sama atau berbeza.
|
Kembar yang satu lagi ialah 3kembar siam (Siamese Twins). Kembar
siam berpunca dari kejadian kembar seiras. Fetus yang membahagi dua
kadangkala tidak berpecah sepenuhnya. Oleh itu kembar itu bercantum pada
bahagian tertentu seperti pada dada atau sisi. Kesian ya kembar ni...
4. MUTASI
Semasa proses pembahagian sel, terdapat beberapa kes dimana terdapat
kecacatan pada sel. Kejadian ini digelar sebagai mutasi (Mutation).
Mutasi boleh mempengaruhi kehidupan organisma.
Mari kita mengkaji mutasi secara mendalam.
Mutasi berlaku apabila struktur gen atau kromosom berubah secara
spontan. Para saintis genetik telah mengenalpasti 2 jenis mutasi iaitu
mutasi gen dan mutasi kromosom.
Mutasi gen berlaku apabila bahan kimia DNA berubah. Perubahan ini akan
menyebabkan ciri organisma berubah.
Mutasi kromosom pula berlaku apabila bilangan kromosom berubah. Kita
telah mengetahui bahawa manusia mempunyai 46 kromosom. Gamet (sperma
atau ovum) pula mempunyai 23 kromosom. Jika mutasi kromosom berlaku,
sperma atau ovum mungkin membawa 22 atau 24 kromosom. Anak yang terhasil
dari persenyawaan gamet ini akan mempunyai ciri yang amat berbeza dari
ibu bapa.
Jadual dibawah adalah perbezaan antara kedua-dua mutasi tersebut.
| MUTASI GEN |
MUTASI KROMOSOM |
* Bahan kimia dalam gen berubah.
* Cth penyakit :
* Albino (Kulit putih) , Anemia sel sabit (kelihatan pucat),
Hemofilia (darah tidak dapat membeku) , Buta warna.
|
* Bilangan atau susunan kromosom telah berubah.
* Cth penyakit :
* Sindrom Down (mongolisme) ,
Sindrom Klinefelter (testis kecil).
|
Setakat ini para saintis sungguh berminat untuk mengkaji tentang faktor
yang menyebabkan mutasi. Antara faktor yang telah dikenalpasti ialah pengaruh
bahan kimia beracun dan sinaran radioaktif. Pada masa yang sama saintis juga
menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan baka organisma baru menggunakan
proses "mutasi buatan". Contohnya saintis bidang pertanian telah berjaya menghasilkan
jagung yang tahan penyakit. Ini dinamakan "pembiakbakaan". Pembiakbakaan adalah
merupakan satu bidang didalam penyelidikan genetik. Negara kita bergiat cergas
dalam aktiviti penyelidikan genetik.
5. KEPENTINGAN PENYELIDIKAN GENETIK KEPADA SEMUA
Terdapat 3 faedah penyelidikan genetik.
Pengklonan ialah teknik menghasilkan organisma yang serupa dengan induk.
Pengetahuan mengenai pengklonan penting. Kita boleh menghasilkan haiwan
ternakan yang mempunyai kualiti yang sama.
Kita telah mengetahui tentang akibat buruk mutasi. Dengan adanya
penyelidikan genetik, kita boleh mengetahui pelbagai sebab penyakit baka dan seterusnya
boleh mengatasinya.
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ubat dihasilkan
dari kulat dan bakteria?. Kulat dan bakteria ini telah diubah
kandungan gennya
supaya boleh menghasilkan ubat (antibiotik).
Dalam bidang pertanian, pembiakbakaan bertujuan menghasilkan baka (tumbuhan atau haiwan) yang baik.
Ciri baka yang baik ialah :-
- tahan penyakit
- boleh menyesuaikan diri kepada persekitaran
- mengeluarkan hasil banyak
- hasil yang lebih enak
- masa matang yang pendek
6. HIDUP DALAM DUNIA YANG PELBAGAI
Kita hidup dalam persekitaran yang sangat menyeronokkan. Ini adalah
kerana kita mempunyai pelbagai kehidupan. Kehidupan yang sama pun
mempunyai kepelbagaian. Contohnya manusia mempunyai ciri yang berbeza.
Keadaan ini dinamakan variasi (Variation).
Sekali lagi....variasi ialah kepelbagaian benda hidup.
Lihat
variasi pada bunga raya.
Terdapat 2 jenis variasi iaitu variasi selanjar dan tak selanjar.
Variasi selanjar ialah variasi yang tidak menunjukkan perbezaan
sifat yang ketara contohnya ketinggian dan berat badan.
Variasi tak selanjar pula menunjukkan perbezaan yang sangat ketara
contohnya kebolehan menggulung lidah dan rambut kerinting-lurus.
Sekali lagi kita gunakan jadual
untuk menunjukkan perbezaan 2 jenis variasi itu :-
| VARIASI SELANJAR |
VARIASI TAK SELANJAR |
- menunjukkan perbezaan yang TIDAK jelas.
- contoh : ketinggian, berat badan.
- jika ditunjukkan dengan graf bar, barnya TIDAK diasingkan.
|
- menunjukkan perbezaan yang jelas.
- contoh : kebolehan menggulung lidah, cap jari.
- bar DIASINGKAN
|
Selain daripada unsur genetik (diperturunkan dari induk),
variasi juga disebabkan faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan dan kesuburan tanah.
Jika 2 klon pokok rambutan ditanam dalam dua tanah yang berbeza, sudah pastilah
pokok yang ditanam di tanah yang subur akan menghasilkan buah yang lebih besar.
Selain daripada menyeronokkan, variasi juga mempunyai
kepentingan lain. Dengan adanya variasi, kita boleh mengenalpasti
organisma. Variasi juga membolehkan manusia membentuk spesis yang baru
hasil dari kacukkan. Konsep ini digunakan dengan meluas apabila
pelbagai spesis orkid baru dihasilkan dari percantuman variasi orkid.
Variasi juga menyebabkan sesetengah organisma menyesuaikan diri dengan
persekitaran.
Dengan ini kita harus bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan
kita variasi organisma. Kita juga harus bersyukur kerana kita sihat
dan bebas dari ancaman mutasi. Adanya kesedaran bahawa gen boleh diperturunkan
dari satu generasi ke generasi seterusnya, kita sepatutnya menghormati
ibu bapa kita.
Sekian selamat berjumpa kembali!!!
© 2002, Johnny Lim
All Rights Reserved.
Semua kandungan dalam website ini adalah original.
Dengan ini pemilik menegah penggunaan bahan-bahan dalam
website ini untuk kegunaan komersial. Pengguna boleh
memuaturunkan kandungan untuk kegunaan sendiri. Jika ada
sebarang pertanyaan sila e-mel kepada pemilik di joneelim@yahoo.com.