|
|
|
| SISTEM SARAF | KOMPONEN DAN FUNGSINYA |
|---|---|
| SISTEM SARAF PUSAT | 1. OTAK - berfungsi sebagai pusat mentafsir
maklumat. 2. SARAF TUNJANG - menyambungkan otak dengan saraf periferi dan juga sebagai pusat kawalan tindakan refleks. |
| SISTEM SARAF PERIFERI | 1. SARAF KRANIUM - menyambungkan otak dengan anggota
di kepala seperti mata.
2. SARAF SPINA - menyambungkan bahagian lain dalam badan dengan saraf tunjang. |
| NEURON | FUNGSINYA |
|---|---|
| DERIA | Menerima ransangan, menjana impuls dan seterusnya menghantar impuls itu ke neuron perantaraan. |
| PERANTARAAN | Menerima impuls dari neuron deria dan menghantarnya ke neuron motor |
| MOTOR | Menerima impuls dari neuron perantaraan dan menghantar ke otot untuk gerak balas. |
| BAHAGIAN NEURON | FUNGSI |
|---|---|
| BADAN SEL | Bahagian yang menempatkan nukleus dan berfungsi sebagai pusat aktiviti sel |
| AKSON | Membawa impuls keluar dari badan sel |
| DENDRON | Membawa impuls masuk ke dalam badan sel |
| SALUT MEILIN | Melindungi akson dan dendron |
| SINAPS | Ruang khas diantara neuron-neuron yang membenarkan impuls mengalir dalam satu arah sahaja |
| RESEPTOR | Struktur khas pada neuron deria ini menjana impuls apabila ia menerima ransangan |
| EFEKTOR | Struktur khas pada neuron motor ini menerima impuls dari sistem saraf pusat dan melakukan gerak balas |
Sistem saraf manusia adalah istimewa. Kadang-kadang kita boleh bergerak balas dengan cepat dan otomatik apabila kita menerima ransangan yang mungkin memudaratkan kita. Gerak balas yang berlaku dengan cepat dan tanpa berfikir ini disebut sebagai "tindakan refleks". Tindakan refleks tidak melibatkan otak tetapi pergerakan impuls hanya melalui saraf tunjang sahaja. Contohnya apabila kita tersentuh sterika panas, gerak balas menarik tangan dengan cepat merupakan tindakan refleks. Tindakan ini memastikan badan kita tidak tercedera dengan teruk. Pergerakan impuls(maklumat) semasa tindakan refleks disebut "arka refleks" ialah :

| KOORDINASI SARAF | KOORDINASI KIMIA |
|---|---|
| Dikawal oleh sistem saraf | Dikawal oleh sistem endokrin |
| Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULS | Maklumat dihantar dalam bentuk HORMON |
| Gerak balasnya boleh dipercepat atau diperlambatkan | Gerak balas adalah lambat |
| Pusat kawalan adalah otak dan saraf tunjang | Pusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar |