|
|
|
| KEADAAN JIRIM | SIFAT ATOMNYA | CONTOH |
|---|---|---|
| PEPEJAL | Atom tersusun rapat dan hanya bergetar | Ais |
| CECAIR | Atom renggang sedikit dan boleh bergerak dengan mudah. | Air |
| GAS | Atom berjauhan dan bergerak laju. | Stim |
| BAHAN | KANDUNGAN | CONTOH BAHAN |
|---|---|---|
| ATOM | Terdiri dari satu sejenis unsur sahaja. | logam besi, logam kuprum |
| MOLEKUL | terdiri dari sejenis unsur yang bergabung atau gabungan unsur berlainan jenis. | air, sulfur |
| ION | terdiri dari gabungan unsur-unsur yang mempunyai cas + dan cas -. | garam-garam |
| ATOM | MOLEKUL | ION |
|---|---|---|
| Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan logam" | Daya tarikan antara zarah-zarahnya adalah lemah. Daya ikatan ini disebut "ikatan kovalen" | Daya tarikan antara zarah-zarah adalah sangat kuat. Daya tarikan ini disebut "ikatan ionik" |
| takat lebur tinggi | takat lebur rendah | takat lebur tinggi |
| Selalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilik | Boleh berada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas dalam suhu bilik | Selalunya dalam keadaan pepejal pada suhu bilik |
| Boleh mengalirkan arus elektrik | Tidak boleh mengalir arus elektrik | Hanya mengalirkan arus dalam keadaan leburan sahaja |
| LOGAM | BUKAN LOGAM |
|---|---|
| Berkilat | Tidak berkilat |
| "Mulur" - boleh ditarik menjadi wayar | Tidak mulur |
| Boleh "ditempa" - diketuk untuk menukar bentuk | Tidak boleh ditempa |
| Kekuatan regangan tinggi - tidak mudah putus | Kekuatan regangan rendah |
| Mudah mengalirkan haba dan elektrik | Tidak mudah mengalirkan haba dan penebat elektrik |
| LOGAM | BUKAN LOGAM |
|---|---|
| Emas - digunakan sebagai barang kemas.
Besi - digunakan untuk membuat jambatan. Zink - digunakan untuk membuat bekas sel kering (bateri). |
Karbon - digunakan untuk membuat mata pensel.
Klorin - digunakan untuk membasmi kuman dalam kolam mandi. Sulfur - digunakan untuk membuat ubat. |